Cari

Minggu, 09 Oktober 2011

Teknologi Multimedia

Media-media dalam Multimedia
Berdasarkan definisi MM, terdapat 5 elemen atau media asas dalam sistem multimedia yang lengkap iaitu:
  • Teks
  • Grafik
  • Audio
  • Video
  • Animasi
Secara umumnya...
  • Teks - Merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dan penyampaian maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.
  • Grafik - Merupakan elemen paling penting, memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat.Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.Menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat dengan lebih menarik.
  • Audio - Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (con: penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa).Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan.Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
  • Video - Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup.Merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat.Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.
  • Animasi - Berperanan menceriakan persembahan sesebuah maklumat.Mampu membantu dalam menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah.Mampu menarik perhatian pengguna dengan mudah.
Hiperteks dan Hipermedia
  • Ciri-ciri hiperteks dan hipermedia adalah penting dimiliki oleh sesebuah sistem MM yang berkualiti dan interaktif.
  • Ciri-ciri ini membolehkan maklumat tektual dan berimej dipautkan (linked) dengan cara tidak mengikut urutan (non-sequential)
Hiperteks
Adalah sistem yang menghubungkan perkataan atau ungkapan antara satu sama lain untuk membolehkan navigasi maklumat dalam bentuk teks dapat dilakukan secara bebas atau tanpa mengikut urutan tertentu.
Perlaksanaan sistem ini lebih cepat dan tepat berbanding penggunaan peralatan capaian piawai atau kaedah-kaedah capaian maklumat yang lain.

Hiperteks melibatkan teks secara tidak berurutan atau tanpa jujukan dalam proses pencarian maklumat. Sistem ini diaplikasikan dengan pelbagai cara bagi membezakannya dengan teks biasa yang ada dalam maklumat yang dipaparkan pada skrin paparan, contohnya penggunaan warna, jenis teks atau cara teks dipaparkan (teks bergaris, condong atau sebagainya) berbeza daripada teks biasa.
Hipermedia
Hipermedia adalah sistem yang mengandungi teks, imej atau grafik, audio dan video yang boleh dihubungkan antara satu sama lain bagi membolehkan pengguna melaksanakan navigasi, carian dan capaian maklumat dalam bentuk bukan teks dengan bebas bagi memenuhi keperluan dan cita rasa mereka. 

Kesimpulan
Rajah 2 menunjukkan Integrasi teknik dan fitur interaktiviti yang canggih ke dalam MM. Ia telah memperkenalkan konsep baru dalam teknologi maklumat yang dikenali sebagai multimedia interaktif. Multimedia interaktif mampu menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan efektif.


Interaktiviti dalam Multimedia
Teknologi multimedia mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 80-an dan telah membuka dimensi baru dalam Teknologi Maklumat. Teknologi multimedia telah membawa satu revolusi kepada industri media kerana keupayaannya menyatukan kelebihan televisyen sebagai alat pandang dengar dan kuasa terbitan mesin pencetakan dengan kebolehan interaktiviti komputer. Interaksi berbantukan multimedia bukan hanya melalui deria penglihatan dan pendengaran sahaja tetapi juga melalui deria sentuhan.
Teknologi multimedia semakin dikenali kerana peranan pentingnya dalam bidang penyiaran, komunikasi, hiburan dan yang terbaru dalam pendidikan. Projek Sekolah Bestari yang merupakan salah satu aplikasi penting dalam Korridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor - MSC) telah memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi multimedia dalam pendidikan.
Interaktiviti
Interaktiviti membolehkan capaian maklumat dilakukan dari satu paparan ke paparan yang lain tanpa perlu mengikut urutan. Capaian ini biasanya dilakukan dengan adanya kunci-kunci tertentu yang dikaitkan dengan paparan yang mempunyai hubungan dengan nama kekunci tersebut. Interaktiviti boleh dilaksanakan dengan beberapa cara, di antaranya adalah menggunakan hiperteks dan hipermedia:
  • Borsook dan Wheat (1992) menyatakan bahawa interaktiviti merangkumi:
    • Tindakbalas terhadap aktiviti pengguna
    • Masukan maklumat yang tidak mengikut urutan dimana maklumat dimasukkan mengikut kesesuaian dan kehendak semasa.
    • Kebolehsuaian antara manusia dengan sistem
    • Maklumbalas serta merta
    • Pilihan untuk memberi arahan
    • Komunikasi dua hala antara komputer dengan manusia.
Perkembangan Teknologi Multimedia
MM bermula pada tahun 1972 iaitu 200 tahun dahulu. Pada tahun tersebut terdapat satu permainan telah diperkenalkan iaitu "Pong". Permainan yang terakhir paling banyak mendapat sambutan. Pong ialah produk MM yang pertama yang telah diintegrasikan dengan grafik, audio, animasi dan interaktiviti.
Untuk melihat perkembangan dan penerimaan TM, telekomunikasi dan MM pada masa kini, ialah: dengan melihat rumah kediaman yang mempunyai set komputer yang dilengkapi dengan pemacu CD-ROM, kad audio dan pembesar suara.Kajian di US pada tahun 1992, produk MM yang dikeluarkan dalam bentuk CD-Rom yang berdaftar telah dikeluarkan sebanyak 5 ribu unit.Pada tahun 1996, produk MM telah meningkat sehingga 15 ribu unit.Perkembangan ini juga telah berlaku di Malaysia.
Harga
Komponen MM semakin murah, ini menunjukkan perkembangan MM semakin pesat. Pada tahun 1992 perisian kursus (courseware) dijual dengan harga RM250,000. Kini, selepas tahun 2000 telah menurun sehingga RM35.00. Harga komputer yang high end juga menurun dari sekitar RM6,000 sehingga RM2,500.00.
Peningkatan penggunaan.
Satu masa dahulu, komputer hanya digunakan untuk pemprosesan perkataan. Kini, dengan teknologi MM ia bertinak sebagai pusat hiburan, sumber pendidikan, penerbitan dan pemasaran. Komputer bukan lagi dianggap barang mewah, malah menjadi satu perlatan elektronik yang biasa dan menjadi keperluan kepada setiap individu.
Perkembangan dalam komponen dan teknologi digital audio
Teknologi cakera pada telah diperkenalkan oleh syarikat Philips. 1982, teknologi audio diperkenalkan oleh Sony khas untuk penyebaran audio bercorak muzikal. Pemain cakera pada merupakan sumber asas atau piawai bagi dunia muzik/audio masa kini dan turut mempengaruhi dunia teknologi komputer.
Keupayaan komputer peribadi semakin tinggi.
Kini, kepantasan mikropemproses telah meningkat 20-30 kali ganda berbanding kepantasan sistem tradisi.Jumlah ingatan utama (RAM) bermula dari 2MB kini telah mencecah 128 MB pada tahun 2000. Sistem pengoperasian juga telah dipertingkatkan kualiti serta keberkesanannya (bermula: MS-DOS, Windows 3.1, Windows 95, Windows 98, MS Windows 2000 dll
Kualiti paparan grafik dipertingkatkan
Kualiti skrin atau monitor semakin meningkat dari sudut kejelasan dan keupayaan memaparkan visual yang lebih kompleks.Warna skrin semakin menarik dari hitam putih (monokrom), 16 warna kepada kualiti paparan warna yang lebih semulajadi (16 juta warna).
Tambahan kad audio dan video
  • Kad tambahan pertama telah dihasilkan oleh syarikat Roland dan digunakan untuk pensintesis muzikal. Kini, diikuti dengan kad audio yang membawa pelabagi perubahan dalam dunia permainan komputer.
  • CD-ROM membolehkan sesebuah sistem PC beroperasi seperti sistem audio yang lengkap.
  • Suara latar telah diintegrasikan sebagai salah satu media utama dalam persembahan MM.
Kad video mula diperkenalkan untuk mempertingkatkan kepantasan paparan visual pada skrin paparan.Kad video juga semakin menarik perhatian apabila ia mampu untuk mendapatkan video bergerak sepenuhnya dan mampu memaparkan kembali melalui paparan komputer.
Pembangunan perisian berteknologi baru
  • Multimedia Extension (MMX) diperkenalkan kepada kebanyakan perisian komputer bagi membolehkan sistem komputer berinteraksi sepenuhnya dengan elemen-elemen MM.
  • Perisian komputer yang lebih canggih diperkenalkan bagi mengawal dan mengubah audio/video.
  • Perisian untuk persembahan bisnes, latihan dan pendidikan semakin mudah digunakan dengan pelbagai elemen tambahan dipertingkatkan.
Peningkatan ruang storan
  • Jumlah Storan bagi cakera keras meningkat dengan pesatnya serta kadar capaian juga semakin pantas.
  • Pemacu cakera boleh rakam seperti CD-Recordable dan CD-Rewritable mula menguasai pasaran dengan menyediakan kemudahan simpanan data sehingga 650 MB bagi setiap cakera.
  • Storan bolehubah seperti Iomega Zip Disk (100-250MB) dan Iomega Jaz Disk (2000 MB juga semakin mendapat sambutan.
Talian telekomunikasi dan Internet
  • Munculnya Internet, perisian-perisian persembahan elektronik mula berkembang pesat sehingga mampu menerima bhs pengaturcaraan spt C++ dan Delphi.
  • Perisian-perisian MM juga berkeupayaan membina MM berasaskan Internet spt. Dreamwever, Flash, Dynamite, Director dan lain-lain.
Penyebaran bahan MM
MM boleh disebarkan kpd pengguna menggunakan beberapa kaedah. Antaranya ialah:
  • Cakera padat atau cakera optik - kaedah penyebaran bahan MM yang paling popular
  • Kiosk - meruapakan sistem komputer atau rangkaian komputer yang membolehkan pengguna mencapai maklumat, melaksanakan pemindahan data atau untuk tujuan hiburan.
  • Sistem telekomunikasi serantau - meliputi talian telefon, satelit, kabel dan sebagainya.
Kesimpulan
Multimedia merupakan suatu bidang yang semakin popular dan mendapat perhatian ramai. Ianya merupakan lanjutan daripada TM tradisi yang dahulunya hanya berasaskan teks semata-mata. Perkembangannya yang begitu pesat dan meliputi pelbagai bidang kehidupan memperlihatkan betapa pentingnya ia dalam tamdun manusia hari ini. Oleh yang demikian sewajarnya setiap individu atau kumpulan perlu turut serta dalam arus perkembangan teknologi ini agar membolehkan mereka untuk terus bersaing dalam era yang penuh cabaran ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar